- Peserta mesti memiliki akaun sendiri dalam ManggaOnline Ad Network. Jika anda belum mendaftar, sila daftar di http://network.manggaonline.com.my/publishers/signup/ atau klik gambar "Belum Menjadi Ahli?" di atas.
- Peraduan ini bermula 21 Julai 2010 dan akan berakhir pada 26 Julai 2010.
- Kemudian, peserta dikehendaki mengisi emel, kata laluan, nama, nombor telefon dan nombor IC di laman web “Peraduan Rekrut Blogger” ini untuk mendaftar sebagai peserta. Pastikan maklumat terkini diberi supaya kami dapat menghubungi anda sekiranya anda adalah salah satu pemenang bertuah.
- Peserta akan diberi KOD WIGDET PERADUAN untuk diletak di dalam laman web atau blog anda. Widget peraduan ini harus dipamerkan di laman web atau blog anda.
- 6 blogger daripada penyertaan peraduan ini akan dipilih secara rawak sebagai Pemenang.
- Hadiah-hadiah Peraduan I Love ManggaAd terdiri daripada:
- 6 x Tiket untuk menghadiri "Asian Bloggers and Social Media Conference 2010".
"Like" ManggaAd Facebook Fan page kami untuk mendapat MAKLUMAT TERKINI mengenai peraduan ini.
- Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menjadi ahli ManggaOnline Ad Network.
- Penyertaan peraduan oleh pekerja ManggaOnline Ad Network dan ahli-ahli keluarga pekerja, serta agensi-agensi berkaitan tidak diterima.
- ManggaOnline Ad Network (dikenali sebagai “Penaja”) adalah penaja peraduan ini. Keputusan pemenang peraduan yang dipilih oleh Penaja adalah muktamad. Sebarang tuntutan lain tidak akan dilayan.
- Pemenang-pemenang akan dipaparkan di ManggaAd Facebook Fan page dan diberitahu melalui emel.
- Setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sekali sahaja untuk peraduan ini.
- Penaja tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah kerana ia bergantung kepada pasaran hadiah tersebut, dan sebarang kesulitan lain yang di luar jangkaan Penaja.
- Penaja berhak menukar hadiah pada sebarang masa dengan hadiah lain yang setimpal harga jika hadiah asal tidak boleh didapati kerana masalah yang di luar jangkaan Penaja.
- Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
- Penaja berhak menukar Terma & Syarat Peraduan sebarang masa tanpa pemberitahuan.